Utama

Terakhir Dikemaskini

 April 23, 2013, 11:34 am 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Kalendar

Statistik Pengguna

mod_vvisit_counterHari Ini16
mod_vvisit_counterSemalam18
mod_vvisit_counterJumlah12815
  • Pusat Jalur Lebar Komuniti
  • Pusat Jalur Lebar Komuniti
  • Pusat Jalur Lebar Komuniti
Maklumat PI1M

 Image

KE 

 Image

     Pusat Internet 1Malaysia Felda Lembah Klau merupakan sebuah program yang  dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence. Program ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. PI1M Felda Lembah Klau merupakan salah sebuah daripada 31 PI1M yang telah ditubuhkan dalam Fasa Felda. Hakl ini berikutan kejayaan PI1M sebelum ini dalam Fasa Rintis, Fasa I dan Fasa II telah mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian.

     Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan PI1M Felda Lembah Klau agar dapat merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (SchoolNet), klinik, perpustakaaan dan sebagainya ke arah mewujudkan satu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Commmunity Centre) selaras dengan Wawasan 2020.

     Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PI1M diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.

Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PI1M sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

  • E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
  • E-Pembelajaran (e-Learning)
  • Pengumpulan dan pertukaran maklumat
  • Pusat Komunikasi
  • Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
  • Pusat peperiksaan dan persijilan

                CARTA ORGANISASI AJK PI1M FELDA LEMBAH KLAU

Image   

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 23 April 2013 )
Baca lagi...
 
Maklumat Am
Image

            Felda Lembah Klau terletak dalam Daerah Raub, suatu kawasan sebelah tenggara bandar Raub melalui Jalan JKR, C149 sejauh 36 kilometer. Melalui jalan yang sama, menghala ke barat, bandar Bentong terletak kira-kira 32 kilometer dan Kuala Lumpur 102 kilometer. Manakala jika menghala ke sebelah timur melalui Lebuhraya Karak dan Pekan Lanchang, 82km ke Temerloh dan 216km ke Kuantan.

            Tanah rancangan ini berada di Mukim Gali, kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong dan dalam kawasan Parlimen Raub. Secara relatifnya, Felda Lembah Klau dikelilingi kawasan hijau dengan alam semula jadi dengan persekitaran kawasan pertanian. Secara umumnya, bentuk rupa bumi di sini berkeadaan lembah dan berbukit, terdapat beberapa cerun yang memanjang dari utara ke selatan menyusuri lembangan Sungai Klau, Sungai Pertang, Sungai Temir dan beberapa batang anak sungai lain. Selain itu, tanah rancangan ini berada pada 82 hingga 268 meter dari aras laut.  Fizikal ketinggian kawasan tanah rancangan ini adalah di zon tanah tinggi. Hal ini kerana tanah-tanih dan bentuk muka bumi di sini masih dipengaruhi oleh persekitran Gunung Benom.

           Sebelah utara, menghala ke Raub, terdapat satu kawasan rata sehingga ke kaki Gunung Benom. Kawasan ini dimiliki oleh pekebun kecil dengan mengusahakan beberapa jenis tanaman kontan, pokok durian, jambu madu, limau manis, dokong dan sebagainya. Manakala di kawasan berbukit yang berhampiran dengan Gunung Benom ditanam dengan sayur-sayuran tanah tinggi.

          Sebelah timur, bersempadan dengan peringkat 7, ialah sempadan Hutan Simpan Lakum. Hutan simpan tersebut seluas 63 ribu hektar meliputi persempadanan Daerah Jerantut, Temerloh dan Raub. Kawasan hutan simpan itu kaya dengan pelbagai khazanah alam semula jadi, flora dan fauna. Kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan penyelidikan antarabangsa di bawah kawalan UNESCO. Selain itu, kawasan ini juga diwartakan sebagai kawasan rekreasi pelancongan terkawal yang diuruskan oleh Krau Wildlife Management Plan, anak syarikat Jabatan Perhilitan Negara. Manakala, di selatan dan barat, bersempadan dengan Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Lembah Klau dan Felda Plantation Krau Dua.

 

Terakhir dikemaskini ( Ahad, 30 September 2012 )
Baca lagi...
 
Sejarah
SEJARAH ASAL USUL RAUB
                                                                                      
                                                   BANDAR RAUB

         Terdapat beberapa versi mengenai asal usul nama Raub. Perkataan Raub dalam bahasa Melayu bermaksud ‘genggam’. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraub emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, 'The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang'.

Menurutnya; "People found that for every 'dulang' of sand there was a handful (raub) of gold".

       Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya, syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga tahun 1961.

        Terdapat satu lagi versi cerita yang menjelaskan asal usul nama Raub ini. Menurut cerita lisan orang-orang tua di daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke-18. Mengikut sumber-sumber yang diperolehi, dua orang pemuda bersama ayahnya telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara, mereka sampai ke tebat atau tebatan (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya tersekat atau digelar empang).

        Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya, di situlah tempat paling sesuai untuk mereka berehat. Kelihatan pasir-pasir di kiri kanan tebatan itu amat bersih, Kedua-dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Merekapun mula membuka kawasan tersebut. Persekitaran kawasan itu dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari, ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah jelutung dan sebagainya. Mereka juga memetik pucuk-pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebatan tadi untuk dijadikan makanan.

        Suatu hari, salah seorang dari pemuda itu terpandang pohon paku yang menghijau dengan subur di tepi tebatan. Dia terus pergi mencabut pohon-pohon paku tersebut. Apabila pohon-pohon paku itu dicabut, pemuda tersebut amat terkejut melihat cahaya berkelipan dari pasir-pasir yang melekat pada akar pokok paku itu. Dia mencabut lagi beberapa pohon paku yang lain. Pasir-pasir yang melekat pada pohon-pohon itu juga berkelipan apabila ditujah cahaya matahari. Pemuda itu kembali mendapatkan ayahnya. Dia menceritakan peristiwa itu. Ayah dan saudaranya segera pergi untuk memastikan sendiri. Nyata benar apa yang dikatakan oleh anaknya tadi. Ayahnya meneliti dengan berhati-hati, Akhirnya dia memberitahu kedua-dua anaknya. “Ini Emas!”

       Segeralah ketiga-tiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebatan itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali di raup, setiap kali itulah emas diperoleh. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya iaitu hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelara ‘Raub'. Sejak itu, setiap hari mereka terus meraup emas.

         Kawasan tebatan yang pertama mengeluarkan emas tadi, kini dikenali sebagai Padang Besar Majlis Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang-orang tua di daerah ini.

       Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir dari kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas dari dasar kata “raup” sedangkan bandar Raub sekarang dieja dengan “Raub”. Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan Raub berbanding Raup.

       Terdapat juga pendapat terpencil yang menyatakan asal usul nama Raub adalah berasal dari perkataan Rao kerana suku kaum Rao telah mendominasi jumlah penduduk di kawasan terbabit sehingga digelar sebagai ‘lubuk orang Rao’. Oleh kerana peredaran masa, sebutan perkataan Rao itu telah bertukar menjadi Raub.
 

 
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 14 Mac 2011 )
Baca lagi...